Saturday, March 22, 2014


DAGANG ITU NORMAL

Dahulunya terasa asing juga bila belajar di negara orang. (Jerman) Aku satu-satunya pelajar Muslim perempuan Malaysia di sini (uni aku). 

Lama-kelamaan terasa normal . Yang penting cuba lahirkan rasa izzah (bangga) dengan Islam. 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)


Jadi , aku patut rasa bersyukur sebab terpilih untuk jadi orang dagang di sini . Tapi point dia kat sini , buat apa yang menurut Islam betul . Jangan ikut apa yang orang cakap . Benda yang normally semua orang buat tu, x semestinya benda tu betul . Tepuk dada tanya iman !

Yang rasa lawak , time solat bawah pokok pun ada orang yang lalu amik gambar..hehe.




DUNIA IBARAT BAYANG-BAYANG



Bila dikata dunia ibarat bayang-bayang..Ini yang terjadi . Aku dan membe-membe main-main pulak dengan bayang-bayang sendiri . Tapi ada maksud tersirat sebenarnya disebalik gambar ni..

Kami cuba buat dua huruf sebenarnya . Shortform untuk nama usrah kami .:)
Ukhwah fillah till JANNAH. Bila di Jerman , usrahmate lah yang play a role of a family .

Appreciate la family hampa yang ada dekat2 tu..




Tuesday, November 19, 2013



NATURE IN ISLAM !!!




Assalamualaikum wbt . Saya bukanlah seorang yang mahir menulis , rajin apatah lagi , tetapi apabila teringat tentang hadith Rasulullah s.a.w tentang tiga pahala amalan yang dibawa ke kubur ini :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.( Riwayat Muslim )


saya tergerak hati untuk menulis . Nature setahu saya yang tidak begitu mahir berbahasa Inggeris ini bermaksud alam . That's it. Tiada yang lain . Dengan takdir Allah semasa saya dalam perjalanan ke suatu tempat di Germany ini , saya duduk di belakang kerusi yang menempatkan 4 orang lain di hadapan saya . Untuk memudahkan semua orang paham , saya letakkan gambar . Seperti di bawah :


Harapnya dapatlah semua orang bayangkan ya . Saya duduk di kerusi belakang yang ada dua seat . Seorang lelaki dari Amerika sangat ramah menegur 3 penumpang yang lain . Pada awalnya saya fikir mereka adalah kawan-kawan yang melancong bersama-sama . Tetapi sangkaan saya meleset , apabila saya terdengar perbualan mereka . Pada awalnya lelaki Amerika tersebut hanya berbasa-basi bertanya tentang destinasi semua orang .Kemudian apabila semua orang rancak bersembang, dia bertanya " Do you know about Islam?".Kemudian dia pun menceritakan kepada semua orang tentang Islam .

Satu perkara yang menarik minat saya adalah apabila dia bercakap tentang NATURE . Katanya " NATURE is what we called in Islam fitrah " 

saya seperti WHATTTT?? 22 tahun hidup baru sekarang tahu apa orang panggil fitrah in English . Terasa kerdilnya diri pada masa itu . Jika mubaligh Kristian di Eropah kebanyakan belajar Arab dengan tujuan untuk menyebarkan agama Kristian , mengapa tidak kita berbuat yang sama. Belajar islamic term in English , German , French what so ever untuk berdakwah , sampaikan Islam itu kepada mereka.

Untuk orang di Malaysia , janganlah rasa selamat . Fuhh !! Aku kat Malaysia , xda orang putih . Cuba tengok sekeliling , adalah semua orang sudah mengamalkan Islam yang sebenar? Atau hanya sekadar di MyCard? Islam is for all. We are part of Ummah . Make sure kawan-kawan kita , Chinese , India , Siam etc tahu tentang Islam .

Teguran ini lebih kepada diri sendiri . N ofkos untuk suma yang membaca .:)

salam wbt
-peace-